Image

NEPAL Travel Photography | November 2012

 

Nepal from airplanes window

Himalayan Ranges

 

Nepal Land from air

MALAY VERSION

Alhamdulillah, saya telah kembali dari “Tanah Himalaya” dan ia ternyata menjadi salah satu pengembaraan yang meninggalkan banyak kenangan manis. Saya telah berhajat untuk pergi ke sana sejak 2010 selepas berbincang dengan kawan saya, Wazari Wazir (dia merupakan seorang jurugambar rasmi kerajaan di Jabatan Penerangan Malaysia). Sejak daripada itu, saya telah merancang untuk pergi ke sana tetapi ia agak sukar kerana beberapa sebab. Untuk pergi ke Nepal sebelum 2012, kita perlu mengambil penerbangan transit ke Bangkok atau Singapura, dan kemudian terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu. Nasib baik, pada tahun 2012, kedua-dua syarikat penerbangan Malaysia iaitu MAS dan AirAsia telah menawarkan penerbangan terus ke Kathmandu.

Sebenarnya banyak juga halangan dan cabaran yang saya tempuhi untuk pergi ke Kathmandu ni. Dua hari sebelum saya nak ke sana, saya telah ditimpa demam yang teruk selama seminggu. Nasib baik sempat sembuh dan persiapan untuk ke sana dibuat secara tangkap muat sahaja. Bayangkan lah, nak trekking ke hutan, lampu suluh pun tak dibawa bersama :-). Itu belum lagi difikirkan pasal meninggalkan anak-anak yang ketiadaan ibunya kerana berkursus panjang. Namun, demi keinginan yang kuat untuk melihat banjaran Himalaya serta merasai sendiri keadaan kehidupan di sana secara lebih dekat, saya terpaksa mengetepikan emosi itu. Alhamdulillah, hasrat saya dipermudahkan dan anak-anak pun sihat walafiat ketika saya sampai di Malaysia, tanahair yang tercinta.

(bersambung)

ENGLISH VERSION

Alhamdulillah,  I just came back from the “Land of Himalayas” and it turned out to be one of the most memorable travel ever. I have been dreaming to go there  since 2010 after discussing with my friend, Wazari Wazir  (he is an official government photographer at Jabatan Penerangan Malaysia). Since then, i was planning to go there but it’s quite difficult due to the some reasons. To go to Nepal before 2012, we have to take a transit flight to Bangkok or Singapore, and then direct to Tribhuvan International Airport, Kathmandu. Luckily, from 2012, both major Malaysian airplanes operator offer a direct flight to Kathmandu.